Sihir Guna-Guna
September 23rd, 2008
Tanda-tanda sihir guna-guna adalah :-
-Cinta asmara yang terlalu berlebihan.
-Keinginan yang keterlaluan untuk melakukan hubungan seks.
-Rasa cinta yang tidap dapat ditahan.
-Mabuk kepayang dan sentiasa ingin melihatnya.
-Sentiasa taat kepadanya.
Cara terjadinya sihir guna-guna :-
Sangatlah sering terjadi pertengkaran antara seorang suami dengan isterinya,akan tetapi biasanya pertengkaran itu akan cepat mereda.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka pergi menjumpai tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya sentiasa mencintainya.Perbuatan yang dilakukannya ini diantaranya tentulah disebabkan oleh lemahnya jiwa agama pada wanita tersebut atau kerana tidak tahunya ia bahawa perbuatan yang dilakukannya itu adalah haram hukumnya.
Untuk melakukan sihir guna-guna ini,biasanya tukang sihir meminta dirinya slah satu dari bekas pakaian suaminya yang mengandungi bau peluh dan bukan pakaian baru atau pakaian yang baru dibasuh.
Selepas itu tukang sihir tersebit mengambil beberapa benang dari pakaian tersebut lalu dihembus dan dbuatkan simpulan-simpulan sihir padanya.Lalu tukang sihir memrintahkan supaya benang-benang sihir ditanam ditempat yang jauh atau sihir tersebut dikerjakan didalam air atau makanan.Sihir yang paling berbahaya adalah sihir yang dibuat dalam benda najis terutama dari darah haid,kemudian tukang sihir tersebut memerintahkan supaya benda najis itu diletakkan dalam makanan,minuman atau minyak wangi yang dipakai oleh suaminya.
Akibat sihir guna-guna :-
-Kadangkala suami menjadi sakit akibat dari sihir ini,bahkan pernah ada seorang suami yang menderita sakit selama tiga tahun.
-Kadangkala sihir ini berbalik arah sehingga suami membenci isterinya.
-Kadangkala seorang isteri mengerjakan sihir berlipat ganda terhadap suaminya,dengan tujuan suaminya itu benci kepada setiap wanita dan hanya menyintainya sahaja,sehingga menyebabkan suami membenci ibunya dan sanak saudara yang ada hubungan persaudaraan dengannya.
-Kadangkala sihir berlipat ganda itu berbalik arah,sehingga suami membenci setiap wanita termasuk isterinya dan diri sendiri.Bahkan ia menceraikan isterinya.Ada pula kejadian melihat keadaan yang sedemikian,si isteri pergi datang lagi menemui tukang sihir supaya membatalkan sihirnya,akan tetapi sangatlah disayangkan,ketika ia datang ketempat tukang sihir itu,ternyata tukang sihir tersebut meninggal dunia.
